berry blur lagi 2:55 PM
Yeayea.aku exam ahad niSuka. Gembira. Tak sabar. Bersemangat. Sungguh-sungguh. Hahaha...tu sumer tipu. aku blom bersedia ni. Ni sumer sebab aku ader banyak sangat kerja-kerja sampingan yang kena buat waktu sem 3 ni. Aku kena tolong membe aku shot satu rakaman untuk presentation dia kat area kl. Pastu ntah macam mana aku pulak boleh bersemangat nak buat video ringkas SEHARI MENCARI CINTA. 2 minggu aku nak kena edit. Lepas tu aku ada buat kerja lain. Semalam aku baru cari notes yg perlu dibaca untuk final ni. Haha..gile.Hmm...lepas ni aku nak tulis pasal sejarah aku yg ntah macam mana boleh rajin dan berminat untuk menghasilkan short films.Ok, kena berhenti.
day dreamer
art studio
2005
berry blur lagi 3:20 PM
letupanMalam tadi aku bosan. Lepas makan, tak tau nak buat apa. Waktu tu baru jam 9. Roomate aku ajak main game winning eleven. Aku pun ok je. Kitorang main 'King'. Siape yang menang stay, siapa yang kalah keluar. Best gak. Main sambil ketawa. Bising betul. Percubaan pertama aku gagal. Aku kalah 3-0. Pastu kawan aku masuk untuk lawan ngan king. Tapi, dia kalah gak. 5-4. Lepas tu turn aku balik. Aku cakap kat king kali ni aku nak balas dendam. Hehe..first half aku di depan dengan jaringan 4-0. Baru je masuk second half, tiba-tiba CPU membe aku mengeluarkan bunyi 'pop'. Agak kuat jugak. Game yg sedang dimainkan, tiba-tiba berhenti. Satu bau yang agak hangit dapat kitorang bau lepas tu. Kawan aku terus tutup PC tu. Dia bukak CPU, pastu cuba onkan balik. Paling best, terus satu letupan yang mengeluarkan satu percikan api di kawasan Power supplynya. Sah, power supply terbakar. Kitorang kaget. Haha..tengok, da tak dapat nak main game lagi. Membe aku yg empunya pc tu kata sem depan baru dia nak beli power supply yang baru. Hmm..apa la agaknya yang aku boleh buat lagi malam ni.Hehe...
day dreamer
art studio
2005
berry blur lagi 4:17 PM
jumaat datang lagiHari ini hari jumaat. Sekarang ini petang hari. Aku masih lagi begini. Haha... ni blog yang kedua aku. Juga ingin aku gunakan untuk meletakkan apa-apa sahaja mengenai day dreamer art studio. Ha, studio. Nama je. Sekadar suka-suka. Tak ada yang lain. Tak berdaftar. Juga masih belum mempunyai potensi. Tak ada sorang pun yang tahu kecuali aku. Ini hobi. Bukan atas desakan. hanya ingin memudahkan urusan penceritaan imaginasi dan mimpi aku. Nak berhenti dulu. ada masa aku akan sambung. Banyak lagi benda yang aku perlu kongsi bersama.
day dreamer
art studio
2005
berry blur lagi 10:48 AM
mimpi-mimpiTengok, semalam aku bermimpi. Tapi, selalu lupa mimpi pasal apa. Campur-campur. Cuba ingat balik, tapi tak dapat. Susah sangat. Hari ini aku menulis kembali, sebab mimpi. Malam ini, malam esok dan malam seterusnya, mungkin aku akan bermimpi lagi. Tapi aku tak pasti =)
day dreamer
art studio
2005